Khamis, 1 Mei 2008

Undang-Undang Dan Hak Anda

Undang-Undang & Hak Anda

Kawan saya merupakan seorang pengamal undang-undang akan mengadakan seminar mengenai Undang-Undang dan Hak Anda. Saya amat tertarik dengan seminar yang akan diadakan dan berdasarkan pengalaman saya, ramai yang tidak faham mengenai masalah-masalah yang timbul apabila mereka berhadapan masalah kewangan yang melibatkan urusan mereka di bank.

Bersama dengan post blog kali ini, saya paparkan maklumat berkenaan dengan seminar tersebut :-


Seminar Undang-undang dan Hak Anda

  • Tarikh : 11 Mei 2008 (Ahad)
  • Masa : 2.00 ptg - 5.00 ptg (pendaftaran bermula jam 1.30 ptg)
  • Tempat : Auditorium LPPKN, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur
  • Yuran Penyertaan: RM100.00 (First come first basis, kerana tempat hanya terhad untuk 100 orang sahaja)

Untuk tempahan tempat dan tujuan pembayaran, sila sms 019-2601503.

Ringkasan:-

  • Ramai yang tidak tahu apakah tindakan yang perlu dilakukan apabila menerima notis tuntutan dari institusi pinjaman berlesen, sama ada sebagai peminjam mahupun penjamin.
  • Malah, ramai yang berdiam diri, tidak kurang juga ada yang berpindah randah kerana menyangkakan masalah seperti ini tidak dapat diselesaikan.
  • Apabila menerima saman dari mahkamah, ada yang bertindak mengabaikan saman tersebut dan kemudiannya menyesal kerana mendapati nama telah tersenarai dalam CTOS.
  • Ada yang juga yang keliru dengan terma "disenarai hitam" atau pun "blacklisted".Malah ada yang menganggap CCRIS dan CTOS adalah terma yang membawa maksud yang sama, sedangkan ini adalah salah.

Seminar ini akan membantu anda memahami beberapa isu, antara lain:-

  1. Apakah jenis surat tuntutan yang dikeluarkan oleh institusi kewangan/ wakil mereka?
  2. Mengapa notis tuntutan dikeluarkan oleh pihak bank?
  3. Apakah proses dan prosedur yang perlu dipatuhi apabila hendak menjual kenderaan kepada pihak lain, sedangkan pinjaman kenderaan masih belum diselesaikan?
  4. Apakah yang perlu dilakukan apabila menerima notis tuntutan?
  5. Bagaimanakah cara untuk berunding dengan pihak bank tanpa menggunakan khidmat peguam?
  6. Apakah yang perlu dilakukan apabila menerima saman dari mahkamah? Bagaimana hendak memfailkan notis kehadiran di mahkamah? Adakah perlu memfailkan pembelaan?
  7. Apakah bentuk penyata pembelaan yang perlu difailkan?
    Ketahui cara-cara melantik peguam dan apakah hak anda apabila perlantikan peguam telah dibuat.
  8. Bolehkah rundingan dengan pihak bank dibuat walaupun kes telah dibawa ke peringkat mahkamah?
  9. Fahami jenis-jenis tindakan undang-undang yang ada di Malaysia.
  10. Apakah itu tindakan kebankrapan?
  11. Di peringkat manakah rumah boleh disita?
  12. Apakah itu CTOS?
  13. Ketahui sistem CCRIS dan perbezaannya dengan CTOS.

Sesi soal jawab secara terbuka akan diadakan selama 1 jam selepas topik di atas dibentangkan kepada peserta seminar.

Tempat adalah terhad, iaitu hanya untuk 100 orang memandangkan saiz auditorium.

Untuk tempahan tempat dan tujuan pembayaran, sila sms 019-2601503.Refreshment akan disediakan.

Terima kasih.

Rose Maria

Tiada ulasan: