Isnin, 19 Mei 2008

Death Note Anime, Death Note (Movie), Death Note - The Last Name (Movie) & L Change The World (Movie)

Death Note

Hari nie saya nak bercerita berkenaan satu cerita kartun jepun atau nama lain nya adalah Anime. Saya sebenarnya tak minat sangat tengok cite anime nie sebab kartun kan. Kartun favourite saya ialah Crayon Shin Chan. Inilah cerita kartun yang saya selalu menonton selain dari Doremon.

Pada bulan februari yang lalu saya pergi menonton filem jepun yang bertajuk "L Change The World".

L change the World



Asalnya saya terjebak menonton filem ini kerana menemani rakan saya. Menurut katanya, filem ini berasal dari cerita Anime jepun yang bertajuk "Death Note" dan telah di filemkan. "L Change The World" merupakan sequal yang ke 3 dari filem "Death Note" dan "Death Note 2 - The Last Name".


Death Note


Setelah selesai menonton filem tersebut, saya telah "jatuh hati" kepada watak L di dalam cerita tersebut. Maka.... bermula lah pencarian saya DVD "Death Note" dan "Death Note 2 - The Last Name".

Death Note - The Last Name




Setelah memaksa rakan saya ini mengikut saya mencari DVD tersebut, akhirnya saya membelinya di sebuah kedai besebelahan dengan Kota Raya Jalan Pudu...

Selain dari DVD movie tersebut, saya juga membeli DVD cerita asal Death Note Anime dari Siri 1 hingga siri yang terakhir iaitu Siri 37...

Death Note (Anime)


Maka, sebaik saja sampai rumah. Saya pun menghabiskan masa depan laptop menonton kedua-dua filem tersebut, dan setiap hari selama 10 hari menonton kesemua 37 siri Anime tersebut.

Moral of the story = saya telah jatuh cinta dengan watak L. hihihihihi

Nota : Wallpaper bagi gambar Death Note & Death Note - The Last Name, di ambil dari website rasmi Death Note di http://wwws.warnerbros.co.jp/deathnote/ . Wallpaper bagi gambar L change the World, di ambil dari http://www.encorefilms.com/L/wallpapers.htm

Tiada ulasan: