Memaparkan catatan dengan label Makanan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Makanan. Papar semua catatan

Jumaat, 23 Mei 2008

Satay

Satay

Lokasi : Simpang empat diantara Jalan Tun Razak, Jalan ke Kg Baru dan Jalan Semarak. (Opposite Celcom jalan Semarak)


Adalah di war war kan oleh ramai orang bahawasanya satay ini amat sedap dan tak der tandingannya di tempat lain. Kalau tanya orang Kuala Lumpur satay manakah yang sedap, pasti akan sebut tempat ni.

Disebabkan hampir setiap malam saya menjemput bonda saya dari tempat kerja berhampiran Perpustakaan Negara, saya memang lalu restoran itu setiap masa. Satu hari, tergerak hati saya untuk merasa apa kah yang menyebabkan satay ini di katakan yang paling sedap di Kuala Lumpur. Jadi saya pun membelinya untuk di bawa pulang. Maka, berikut adalah komen saya terhadap satay ini.


  • Kesedapan
Mungkin terasa "lemak" daging & ayam membuatkan satay ini sedap di makan. Apabila di teliti, di dapati terdapat lemak daging atau ayam, di letakkan diantara susunan isi.


  • Kuah Kacang
Pada saya, bukan yang paling sedap pernah saya rasa. Sederhana saja


  • Harga
Harga standard macam tempat lain di Kuala Lumpur ini, iaitu RM0.60 secucuk



Secara amnya, saya boleh katakan satay ini berbaloi untuk anda mencubanya jika datang ke Kuala Lumpur

Isnin, 12 Mei 2008

Cendol Bukit Cina Melaka

Cendol Bukit Cina Melaka
Lokasi : Berhampiran Pintu Gerbang Pusat Pelancungan Bukit Cina Melaka

Sebut saja cendol, semua orang tau apa kah makanan itu. Pada entry kali ini, saya nak tunjukkan tempat persinggahan saya, kalau saya nak minum cendol di Melaka



Gerai nie sebenarnya senang aja nak cari. Lokasi dia sebenarnya betul-betul di kaki Bukit Cina berhampiran dengan pintu masuk pusat pelancungan Bukit Cina. Dulu gerai ni kat sini sampai sekarang pun kat sini juga. Apa sebenarnya keistimewaan cendol disini? Mungkin itu bermain difikiran anda semua. Pada saya suasana terutama waktu panas terik, memang nyaman duduk kat sini. Selain dari itu , mungkin persekitaranya. Kalau nak tau, kena lah datang dan alami sendiri.



Cendol nie tidaklah special sangat. Ringkas sahaja sebenarnya. Ni rupanya.

Jumaat, 2 Mei 2008

Masakan Kampung & Ikan Bakar

Masakan Kampung & Ikan Bakar

Lokasi : Medan Selera Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur

Ini adalah salah satu tempat kegemaran saya. Menu kedai ini simple, tapi speciality nya terletak pada ikan bakar gerai ini. Baru-baru ini saya membawa rakan saya dari Kedah (dalam gambar tu :D ) , makan tengahari di sini.



Ikan Bakar ini di masak di atas daun pisang dan siap diletakkan cili. Mereka menjual pelbagai jenis ikan untuk jualan. Gerai ini sentiasa ramai dengan pengunjung yang datang semata-mata untuk menikmati ikan bakar ini.



Seperti biasa, favourite saya. Ikan terubuk. Menurut kawan saya, orang yang makan ikan banyak tulang ini selalunya orang yang penyabar.... Betul Ker ? :)




Popiah

Popiah

Lokasi : Belakang Bukit St Paul.
(tawaf ajer bukit tu nanti terjumpa lah gerai ni.)

Pada blog The Baker's Oven, saya ada post satu entry berkenaan Popiah Marveloues. Kat sini saya nak tunjuk lah rupa kedai yang saya katakan itu. Gerai ini kecil ajer. Sebelum apa-apa saya nak minta maaf dulu lah. Disebabkan saya nie juga pemandu kereta .. saya tak sempat nak catit apa nama jalan.




Gerai ini beroperasi untuk sarapan pagi hingga minum petang. Popiah Marveloues ini boleh di dapati seawal pukul 3.30 petang ke atas. Tapi harus ingat bahawa popiah ini sangat sedap dan saya tak guarantee ianya masih ada jika anda datang pada pukul 4.30 petang keatas. Berdasarkan pengalaman, memang amat tipis sekali :)

Ni gambar dari belakang, kakak yang jual popian tu. Dalam gambar ini, dia sedang menyiapakan tempahan saya sebanyak 35 biji popian untuk saya bawa balik ke Kuala Lumpur





Apa uniknya popiah ini? Kalau nak kata unik sangat, mungkin dari segi bahan-bahannya saja. Selalunya kita jumpa popiah sayur ( timun, sengkuang, carrot & sos). Tapi .. Kat sini.. dia ada letak Ayam atau Daging atau Udang atau Sayur, bergantung kepada permintaan pelanggan. Walau apa pun yang anda minta, bersama dengan popiah ini, ada sos kuahnya yang tesendiri. Kesedapannya tak dapat saya citer kan ... ssslluurrrpppp


Masa tunggu kakak nie siapkan tempahan saya, walaupun masih kenyang makan tengahari , saya pun menjamah 1 biji. Dan inilah rupa dan cara makannya