Nite of Glliters @ Sunway Convention Center 31hb May 2008
Pada 31hb Mei 2008 telah berlangsung Majlis Makan Malam Tahunan majikan saya yang ke 42 kali bertempat di Sunway Convention Center di Bandar Sunway.
Setelah 13 tahun bekerja, entah mengapa, saya dan 19 rakan yang lain telah mengambil keputusan untuk menyertai "Table Theme Dress Award". Dan bagaikan mimpi menjadi kenyataan, kumpulan saya telah dinobatkan sebagai pemenang tempat ke 3 untuk "Table Theme Award". Inilah pertama kali saya dan rakan saya di dalam kumpulan yang sama menyertai pertandingan ini untuk tujuan suka-suka sahaja dan tidak sangka pula boleh menang walaupun tempat ke tiga.
Atas dasar kegembiraan itu, saya ingin berkongsi kegembiraan kami kepada pembaca blog saya dan saya ingin membawa anda untuk melihat persiapan-persiapan yang telah di lakukan sebelum malam itu.
Pemilihan Ahli kumpulan dan Nama Kumpulan
Pada asalnya hanya 1 kumpulan sahaja di hantar utuk menyertai pertandingan ini. Idea asal adalah dari Raymond yang menyatakan hasrat bahawa kami patut meyertai pertandingan tersebut atas sebab untuk berseronok. Atas usaha Ms Low, Pengurus Cawangan saya telah bersetuju untuk "mengsponser" menggunakan tabung staff bagi tujuan persiapan dan pakaian RM150 setiap seorang yang menyertai pertandingan tersebut.
Di sebabkan sambutan di luar dugaan, akhirnya 2 kumpulan telah dihantar dan seramai 20 orang menyertai pertandingan tersebut. Kami di bahagikan kepada 2 kumpulan kerana 1 meja terdiri dari 10 orang peserta.
Kumpulan 1 = Mellinium Retro . Kumpulan 2 = Mambo Mambo
Saya berada dia dalam kumpulan 1. Mungkin disebabkan saya ni tidak kreatif orangnya, saya mengambil keputusan untuk mengambil tema "Retro" kerana saya boleh merujuk kepada fesyen-fesyen lama untuk di jadikan panduan.
Kumpulan Mellinium Retro terdiri daripada saya, Zaidi, Ida Diana, Mohamad, Xiao Lim, Xiao Wong, Sunny, Ang, Anne Lee dan Yana.
Kumpulan 2 memilih tema "Mambo" atas sebab kepelbagaian warna yang terdapat dalam tema ini.
Kumpulan Mambo Mambo pula terdiri daripada Raymond, Ms Low, Ms Lim, Liza, Yong, Ah Yen, Ah Lim, Asrul ,Ayie dan Angie Ng.
Oleh kerana tema pada malam itu adalah "Nite of Glitters", kami sedaya upaya memastikan semua outfit kami menepati tema tersebut.
Pakaian
Memang susah lah sangat nak mencari baju yang bersinar nie rupanya. Apantah lagi untuk menepati tema "Retro" yang kami pilih. Saya sendiri terpaksa menempah baju tersebut untuk memastikan baju dan jenis kain yang saya pilih, menepati semua kriteria.
Pakaian bagi rakan-rakan yang lain alhamdullilah tidak mempunyai masalah kerana badan masin-masing comel-comel belaka. Untuk mencari pakaian sahaja, kami terpaksa ke kedai Costumes N Parties Sdn Bhd di tingkat 2 City Square Kuala Lumpur (tel No : 03-21648184) , Costumes Rental n' Image Sdn Bhd di No 7-1 & 7-2 Lorong 6B/91 Taman Shamelin Kuala Lumpur (Tel No : 03-92811303) dan Century Fiesta di 44-2 Jalan 24/70A Desa Sri Hartamas Kuala Lumpur (Tel No : 03-23002048) untuk memastikan semua ahli kami mendapat baju yang bersesuaian. Proses "clothes hunting" nie kami lakukan selama 2 minggu berturut-turut.
Hiasan Kepala dan Accesories
Saya ingin memuji usaha rakan saya Ida Diana yang sanggup membuat hiasan kepala berbentuk bintang untuk rakan wanita memandangkan sewaktu projek ini dibuat, dia sedang bertungkus-lumus mengulangkali pelajaran untuk peperikasaan nya.
Bagi rakan wanita yang lain, terima kasih juga kerana sudi meminjamkan aksesori seperti rantai, gelang tangan dan subang yang berkelip-kelip.
Lagu dan Persembahan
Setelah membuat kajian di internet dan mendownload beberapa contoh tarian ala "Saturday Night Fever" dan memikirkan bahawa hakikatnya kami nie semuanya tidak teror bab-bab kareografi tarian ini, kami telah bersepakat untuk menggunakan saya tarian yang terdapat di youtube. setelah membuat beberapa pengubahsuaian dan segi lagu dan tarian, maka selama seminggu selepas waktu bekerja, kami pun start ler prektis menari.
Untuk pengetahuan semua, lagu untuk persembahan kami adalah terdiri dari pada gabungan lagu Le Freak (Penyanyi asal Kumpulan Chic) dan Staying Alive (Penyanyi asal Kumpulan Bee Gees). Disebabkan lagu Staying Alive tu ada, maka sudah tentu tarian "cucuk langit" gaya John Travolta tu pun ada.
Banner
Setelah berhempas pulas membuat persiapan, satu benda wajib yang patut ada, hampir-hampir terlupa nak buat. Banner nie sebenarnya dinyatakan sebagai syarat prop yang mesti ada pada hari pertandingan tersebut. Sekali lagi, rakan saya, Ida Diana telah menyelamatkan keadaan apabila beliau telah menyediakan stationary untuk membuat banner. banner ini di siapkan selama 4 jam pada hari terakhir kami prektis menari.
Hari Kejadian
Pada hari kejadian, 4 rakan telah datang seawal 10 pagi untuk di make-upkan oleh seorang jurusolek yang juga merupakan seorang pensyarah di salah sebuah kolej swasta.
Sewaktu bersiap, Anne telah datang bersama 2 kotak donut J.Co. Terima kasih Anne sebab belanja kami makan donut J.Co. ni. Kalau tak disebabkan Anne, tak tau bila lagi nak rasa donut nie.
Sewaktu pertandingan, kami kagum dengan pakaian 21 kumpulan yang lain siap dengan "berkepak-kepak" membawa pelbagai tema yang pada hemat saya, kos bagi setiap pakaian mereka jauh lebih mahal dari kami. Setelah di tanya, saya mendapati costume mereka mencecah RM500 bagi setiap orang. Itu tidak temasuk jurusolek professional yang datang. Jumlah perbelanjaan mereka termasuk jurusolek professional ini, mencecah RM1,000 seorang.
Setelah melalui saringan pertama, para hakim memilih 10 kumpulan dari 22 kumpulan untuk ke peringkat separuh akhir. Pada mulanya kami berfikir bahawasanya kami hanya berpeluang untuk sampai di peringkat ini sahaja. Disebabkan suasana yang amat bising, kami gagal mempersembahkan tarian kami kerana lagu yang disediakan tidak cukup kuat untuk kami mendengar muzik. Akibatnya, langsung berterabur tarian kami.
Setelah itu, para hakim mengumumkan bahawa kami berjaya ke peringkat final bersama 5 kumpulan yang lain, hanya kerana disebabkan pakaian kami berwarna warni dan berkelipan.
Sewaktu kami memasuki final, dalam fikiran masing-masing pada masa itu, kami hanya dapat hadiah saguhati saja.
Mungkin itu dinamakan rezeki. Kami akhirnya berjaya mendapat tempat ke 3 mengalahkan kumpulan lain yang jauh lebih hebat baju-baju mereka.
Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua ahli kumpulan Mellinium Retro dan Mambo Mambo atas kerjasama dan sokongan yang telah di berikan. Tidak juga lupa kepada orang perseorangan seperti Anne dan adik saya yang sanggup meluangkan masa "memixkan" lagu-lagu yang di perlukan untuk pertandingan tersebut. Terima kasih kepada boss saya, Mr Lee kerana memberi galakkan sewaktu menjalani latihan di pejabat. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini meminta maaf kepada rakan-rakan yang lain jika sepanjang waktu kita membuat persediaan ada bicara yang terkasar dan sememangnya itu adalah kesilapan saya.
Last but not least, terima kasih kerana bersama saya mengharungi masa-masa gembira yang tidak pernah saya alami setelah 13 tahun bekerja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan