The Baker's Oven @ BandungSudah lama saya tak post dalam blog ni... mungkin sebab sejak dua menjak nie saya sibuk berjalan kut .. hihihihi
Saya nie tak pernah berjalan ke luar negeri.. so sempena MATTA FAIR 2008 bulan Mac ari tu.. saya pun pegi ler menyibukkan diri kat sana.. Adhoc plan dengan seorang kawan & atas izin kedua orang tua.. saya pun booking tiket ler ker Bandung..
Ini gambar kawan saya.. nama dia Ina. gambar nie di ambil masa 1st time jejak kaki kat bandung tu. Gambar saya? ada.. tapi biasa lah kan saya nie.. mana Nak tunjuk gambar sendiri...hihihihi
Orang kata, Bandung nie ... "Syurga Membeli Belah" ... So saya pun rasa teruja sangat lah sebab melihat rakan rakan yang lain hampir setiap bulan ke sana...
Jadi saya nak share apa yang saya buat selama 5 hari & 4 malam saya di sana..
Hari Pertama
Rupanya Bandung nie 2200 kaki atas aras laut. jadi cuaca nya... my godness... sejukkk. Ina dah siap pakai baju sejuk.. yang saya nie.. nak menikmati cuaca yg macam aircond tu..langsung tak pakai. Setelah di tanya, kami diberitahu, pada waktu tu musim kemarau. Dalam fikiran saya, kalau musim kemarau dah sejuk macam ni... Time Hujan sure sejuk gilerrr.
Disebabkan kitaorang nie tak pernah sampai sini, kami mengambil keputusan untuk meminta pihak hotel menjemput kami di Lapangan Terbang Bandara Husein Sastranegara Bandung. Sebaik saja sampai.. pekerja hotel menjemput kami . Kami tinggal di Hotel Sukajadi ***
Kedua-dua gambar ini saya ambil kat official website Hotel Sukajadi di http://www.sukajadihotel.com/ . Hotel nie menjadi pilihan kami sebab kedudukkan dia kat tengah-tengah Bandung. Nak pegi Factory Outlet & shopping kompleks pun dekat. Berjalan kaki saja. Di bawah ni pula no bilik saya..hihihiiSampai saja kami terus ke Shopping Kompleks terdekat. Kalau nak di bandingkan dengan KL, Shopping Kompleks ni ala ala The Curve gitu. Pesanan dari orang tua supaya tidak makan sesuka hati sebab di katakan bahawa tahap "Halal" di sini , dipersoalkan. Untuk tidak memeningkan kepala.. kami membeli roti & domut J.Co saja. Di Shopping Kompleks "Paris van Java". Kat sinilah kitaorang selalu lepak kebanyakkan masa untuk beberapa hari berikutnya. Malam time.. tempat ni memang happening
Pada malam, kami mengambil keputusan untuk berjalan jalan sekitar Bandung. Minta tolong pakcik guard hotel tu carikan kereta dengan driver sekali. Malam pertama agendanya cuma sight seeing aja. Dalam niat nak sight seeing tu pun, beli jugak kasuk kulit sepasang.
Hari Kedua
Pengalaman bangun pagi kat Bandung nie memang best. Rupanya Pukul 6 pagi, dah terang macam pukul 8 kat sini. Kami bersarapan di Coffee House Hotel Sukajadi... Disebabkan nak safe punya pasal.. kami melantak macam orang tak makan berapa hari.
Kami telah meminta pakcik driver hotel tu carikan kereta bersama driver sekali. Sewanya amat murah memandangkan kenderaan kami ada lah Suzuki APV 6 seaters. Terasa macam orang kaya kat situ..hihihihihi.. Tour guide kami namanya OCA, sangat peramah orangnya dan banyak membantu dalam soal bagaimana untuk tawar menawar sewaktu berada di Bandung
Destinasi pertama ialah ke kawasan pelancongan terkenal di Bandung iaitu kawasan gunung berapi yang masih aktif iaitu Tangkupan Perahu. Semasa dalam perjalanan kami kesana, kami amat terpesona dengan permandangan kawasan gunung dan kawasan perkampungan di sana
Menuruk cerita OCA, Tangkupan Perahu terdapat cerita rakyatnya sendiri. Adalah di ceritakan bahawa pada zaman dahulu terdapat seorang Ratu yang memerintah di Tanah Jaya. Dikatakan bahawa Ratu ini sangat cantik orangnya. Walaupun masa berlalu, rupa paras Ratu ini tidah pernah di mamah usia dan sentiasa kelihatan cantik. Ratu mempunyai seorang anak yang di bela oleh orang lain. Setelah anak ini dewasa, dia telah jatuh cinta kepada Ratu ini dengan tidak mengetahui bahawa Ratu itu adalah ibunya sendiri. Ratu yang sememangnya tahu pemuda itu adalah anaknya dan tidak mungkin berkahwin dengan anaknya sendiri. Walaupun telah di terangkan, pemuda ini masih berdegil dan berkeras untuk berkahwin dengan Ratu. Ratu telah mengenakan syarat jika pemuda itu ingin berkahwin dengannya, satu perahu yang berukuran tertentu perlu disiapkan sebelum ayam pertama berkokok keesokkan harinya.
Pemuda tersebut telah mengerahkan rakyat jelata untuk bekerja tanpa henti dan setelah hampir siap perahu tersebut, mereka terdengar ayam berkokok menandakan hari sudah pagi. Ratu tersebut mengatakan, disebabkan kegagalan pemuda itu menyiapkan perahu yang diingininya, maka Ratu menolak lamaran pemuda tersebut. Dengan perasaan marah, pemuda itu telah menyepak perahu tersebut dan terlangkup di kawasan gurung berapi. Jika di pandang dari jauh, ianya kelihatan seperti perahu yang terlangkup. Sebab itulah di panggil tangkupan perahu
Setelah melihat permandangan yang indah di Tangkupanparahu, saya pun di bawa oleh OCA pergi shopping. Menurut OCA, ini lah pertama kali dia berjumpa pelancong dari Malaysia yang sibuk bershopping sampai tengahari pun tak makan. Ni lah hasil shopping hari pertama kitaorang Ni baru hari pertama bershopping. Cuba bayangkan pada hari seterusnya :D
Hari Ketiga
Masih Shopping. Tapi kali ni lupa nak ambil gambar. Pada hari ni.. kitaorang dah tak larat asyik makan roti untuk dinner. Setelah bertanya dengan pihak hotel untuk makan malam, mereka mencadangkan Warung Ampera yang terletak bersebelahan dengan hotel.
Warung Ampera mengediakan makanan orang sudan dan kaya dengan ulam dan ditanggung halal . Nie lah makanan yang kami order. First time makan nasi dan lauk yang halal kat Bandung ni
Hari Keempat
Hari nie, mula-mula plan nak ke Jakarta. Tapi selepas mendapat pendapat dari mak, dia kata.. tak ader apa yang nak di tengok sangat kat Jakarta. Kalau nak pergi jugak, kena sabar dengan keadaan "mencet" (traffic jam). Bila kami bertanya kepasa pemandu pelancung, berapa lamakan perjalanan keseluruhan, dia kata mengambil masa 4 jam untuk pergi. Bila difikirkan balik, langsung tak jadi pergi.
Kami pun mengambil keputusan untuk ke Cibaduyut. tempat ni memang terkenal dengan tas tangan dan kasut kulit. Setelah sampai di sana, memang pandang kiri kanan semua penuh dengan kedai tas tangan dan kasut. Setelah melawat beberapa buah kedai, kami mengambil keputusan untuk sambung shopping di Bandung saja. Kali nie, memang betul punya shopping.
Tengahari, kami makan di sebuah restoran nasi padang. Punya lah sedap. Lepas tu kami sambung lagi shopping ke Rumah Mode yang terkenal.
Memang ramai rupanya pengunjung Rumah Mode ni. Kalau saper badan yg comel comel.. ini lah tempat yang sesuai untuk bershopping. Saya amat tertarik interior design dan lanskap Rumah Mode ini.
Hari Kelima
Hari nie, kami bangun lewat :D lepas bangun, kami pegi menikmati sarapan pagi terakhir kami di Hotel Sukajadi ini. Lepas makan, kami pun apa lagi.. berkemas. Berat bagasi saya naik 3 kg, manakala rakan saya 20 kg (Unbelivable!!!)
Di airport, kami bertemu semula dengan OCA, pemandu pelancung kami yang amat baik sekali. Beliau telah membekalkan kami snek makan yang bernama BOLEN. Bolen nie macam pastri luarnya dan di tengah tengah ada durian dan pisang. Sesiapa yang hendak pergi ke Bandung, cari lah snek ini.. gerenti sedap, especially perisa durian.
Itu adalah serba sedikit cerita saya di Bandung. Berikutnya saya nak citer tentang apa yang menarik perhatian saya sepanjang berada di sana
Pertama
Ari tu dah tanya kat OCA apa nama benda nie.. tapi time saya update blog ni.. saya dah lupa nama nya. Anyway.. masa saya di sana, saya perasan benda ni di gantung di hadapan rumah. Saya tanya kepada OCA apa makna benda ini. Menurutnya, setiap pasangan yang baru berkahwin, akan di gantung benda nie di hadapan rumahnya. Jadi.. maksudnya, tuan rumah tersebut adalah pengantin baruKedua
Dunkin Donut merupakan makanan segera yang di minati di Bandung, sebabnya.. pergi ke mana saja, kami akan nampak Kiosk Dunkin Donut. Kesimpulannya, saya rasa orang Bandung nie suka makan Dunkin Donut... hihihihi
Ketiga
Selain dari Dunkin Donut, Kiosk kecil yang menjual Brownies Kukus, punya lah banyak. Lagi satu kesimpulan yang saya buat, orang Bandung nie suka makan Brownies kukus kut..
Keempat
Saya dapati setiap persimpangan jalan di Bandung terdapat monumen. Setiap persimpangan, monumen bentuk yang lain
Kelima
Factory Outlet ini sebenarnya ialah mengapa kita semua datang ke Bandung. Setiap kali sampai di Factory Outlet, gerenti at least spend time about 4 jam setiap satu.. hihihi. Kalau pergi Cihampelas, boleh tengok pelbagai tema Factory Outlet
Kelima Ni lah minuman yang paling sedap kat Bandung..
Keenam
Punyalah banyak Bank di Indonesia nie rupanya. Menurut OCA, jika seseorang hendak membuka Bank mereka hanya perlu 100 juta rupiah (nilai wang dalam tahun 1970an)
Di Bandung juga ada ALLAMANDA..hihihihihi
Keenam
Bandung merupakan tempat yang terletaknya Institusi Pengajian Tinggi yang terbesar di Indonesia
Ketujuh
Rasanya kat sini saja McDonald's yang pack air dia macam nie. Lagi satu, uniform pekerja McDonald's kat sini semua nya berjenama (yang nie x sempat nak ambik gambar :D )
Sekian saja citer saya fasal melancong di Bandung.. Apabila saya balik, rakan saya bertanya, "Apakah yang akan di rindui tentang Bandung?".. Jawapan saya.. "Cuaca" :)
1 ulasan:
besh nye g Bandung!
Catat Ulasan